MONOLOG RINDU


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

Allah Sengaja
Bismillah

Wahai Tuhanku,
Kau Maha mengetahui apa yang terbaik untukku,
Setiap detik..
Setiap saat..
Aku yakin
Kau sengaja takdirkan sebegitu
kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik untukku

Aku Tahu, kau sengaja hantar aku ke bumi anbiya'
kerana di sini Kau ingin temukan aku dengan Tarbiah

Aku tahu Kau sengaja biarkan aku bermaksiat,
kerana di situ aku memaknai nilai sebenar-benar taubat

Aku tahu kau sengaja temukan aku dengan Akhawat
Kerana saat itulah aku temukan nilai ukhuwah sejati

Aku tahu Kau sengaja memberikan ujian halangan keluarga padaku,
Kerana itulah aku belajar memprioritikan Mu melebihi segalanya

Aku tahu Kau sengaja meletakkan amanah yang berat kepadaku,
Kerana dengan itu aku belajar untuk memimpin dan merendah hati untuk terus belajar

Aku tahu Kau sengaja biarkan aku gagal dalam dakwah
Kerana dengan itu aku belajar untuk memperbaiki kesalahanku dalam mengorak langkah.

Bahkan,
Saatnya aku lalai dalam mengingatimu, culas dalam ibadahku
Aku tahu, Kau sengaja membiarkan aku
Kerana saat itulah kau ingin aku belajar untuk menajdi seorang hamba yang benar-benar ikhlas dalam beramal, yang berbuat bukan kerana manusia, yang hanya bergantung harap pada-Mu Tuhan

Aku tahu..
Kau sengaja
Kerana Kau cinta

"Aini, orang akan meninggalkan dakwah bilamana dia memilih untuk berhenti untuk belajar"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." [QS 2:46]

Ingin menjadi Hamba yang Merindui Tuhannya
Hamba yang rindu untuk bertemu dengan Tuhannya
Hamba yang yakin akan kembali kepada Tuhannya
Itulah hamba yang Khusyuk dalam SOLATNYA

monologrindu.blogspot.com @EnyZahra 

0 comment[s] | back to top